Hello! Welcome. part of RDH & T4A.. hamba Allah yang bernama Syuhada a.k.a SINOSYU.nama pendeknya, chuu.. mata pena menjadi saksi perjuanganku. andai diri ini tiada lagi, biarkan sekelumit bingkisan ini menjadi tatapan buat perindu syahid sejati.. ► My quotes ► اصدقاء ► My Diary Template & Skin by : Husnaa. Big help from : Wani | WHI | C4U | Una Owner : Sinosyu
| cerpen : pendakwah ohsem part 1
30 Apr 2015 | 30.4.15 | 0 Sweet Cupcake
Pendakwah Ohsem?? Karya original : Siti Noor Syuhada Mohd Noor
* * *
Bukan senang untuk menjadi hamba yang setia kepada Dia. Lebih-lebih lagi dunia sekarang terlalu banyak benda yang boleh melalaikan. Jika mahu senaraikan kesemuanya, memang panjang lebar. Tak lepas tangan. Bagaimana dengan aku? Aku hanya seorang remaja biasa. Masih menyambung pengajian di peringkat diploma. Aku tidak mampu mengubah dunia.
Hanya dengan sentuhan jari jemari di papan kekunci komputer riba, belum tentu mampu menyedarkan umat Islam yang tergelincir dalam dunia mereka tersendiri. Paling kurang, aku ada usaha untuk memulihkan keadaan. Keberhasilan itu terletak atas kuasa Allah Taala.
Kerja dakwah bukan mudah. Golongan pemuda seperti kamilah yang membawa logo agama. Imej islam terpancar daripada kami. Sekiranya kami sendiri yang berlakuan endah tidak endah, anak-anak muda sendiri bakal menyatakan berupa sedimikian,
“
“Kenapa nak persoalkan? Perangai ustaz lebih teruk daripada kami!”
Banyak lagi contoh yang tidak dikemukakan.
Persoalannya, ke mana golongan agamawan pergi? Kenapa tidak membantu ummat yang sedang melarat? Barah level 10. Siapa yang mampu tolong? Apa sumbangan kita terhadap agama Allah? Bila lagi nak berjuang?
Beribu soalan kulontarkan di dalam hati. Membentak kalbu. Menikam sanubari. Tiada siapa yang mampu dengar apatah lagi menjawab soalan yang membuatkan diriku celaru. Aku dipandu perasaan pilu. Diri mulai tidak keruan. Menantikan jawapan yang tidak akan terjawab.
Aku memandang kosong laptop yang terletak di atas meja di hadapanku. Buntu. Pelik pun ada juga. Kerja mendakwah boleh digiatkan melalui pelbagai bidang. Sebagai contoh, seorang doktor boleh berdakwah kepada pesakitnya. Seorang peniaga berdakwah kepada pelanggannya. Seorang guru boleh berdakwah kepada para pelajarnya.
Bagaimana dengan aku? Aku hanya menjalankan kegiatan dakwah melalui bidang penulisan. Ya.. aku mahu meneruskan semangat para ulama’ Islam yang menyebarkan dakwahnya melalui mata pena. Mengarang beratus-ratus kitab untuk kita, tinggalan ummat nabi Muhammad.
* * *
Aku termenung. Melihat pemandangan kediaman kolej Aminuddin Baki. Sungguh indah ciptaan Allah. Rama-rama yang bewarna-warni terbang bebas dan hinggap pada bunga yang tumbuh mekar mewangi. Alangkah, seronoknya jadi rama-rama. Terbang bebas tanpa harus memikirkan masalah yang melanda. Tidak perlu dtimbang amalan di
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). [ Surah At-Tin ayat 4 ]”
Tengok!!
Bersyukurlah jadi manusia. Memang susah nak cari manusia yang bersyukur. Bukan semua tak bersyukur, tapi segelintir sahaja yang tahu bersyukur.
Jom, aku kongsikan tips mudah untuk jadikan diri tenggelam dalam lautan kesyukuran.
Lihatlah, orang yang berkedudukan di bawah, bukan yang berada di atas.
Lain pula kalau dalam konteks amalan. Yang itu kena tengok orang yang berada di atas supaya diri kita selalu nak tingkatkan bekalan amalan untuk dibawa balik ke kampung akhirat. So, dunia ini hanya perjalanan yang singkat. Tiada masa nak enjoy. Kalau nak enjoy sangat, tunggu di syurga nanti. Masa itu, enjoylah puas-puas bagai nak rak. Tiada siapa nak halang.
Bitt!!
Telefon bergetar. Memecahkan lamunan. Aku menekan nombor tiga sebanyak empat kali sebagai kata laluan untuk terjah ke dalam telefon. Biar tiada siapa yang boleh bermain telefonku sesuka hati. Aku tidak suka orang yang main terjah tanpa minta izin. Bukan cerewet. Tapi itukan privasi aku. Takkan nak kongsi kot.. huarghh…. T_T. tutup muka dengan handkerchief.
“Oit, macam mana dengan semester baru? Share sikit dengan aku.”
Tertera pesanan baru dihantar oleh Eric a.k.a Batrisha. Gadis berusia 20 tahun. Sebaya denganku. Lagaknya seperti lelaki. Percaya bulat-bulat. Sempat bersalam. Arghh.. menyesal beb.. *__0… {menangis tak berlagu}
Rupa-rupanya perempuan. Perkenalan kami bermula di café kopitiam di Bandar baru Bangi. Dia tertumpahkan kopi di baju aku. Habis kotor. Timbul juga rasa nak marah sedikit sebab aku nak pergi kuliah Dhuha di masjid pulak. Tapi, aku siramkan hati yang membara ini dengan salju istighfar.
Fuhh, pakaian dia memang mantap bro!! Rambut ala-ala mamat
So, kami pun berkenalan. Aku ajak dia pergi masjid sekali tapi dia berkeras menolak. Aku pun berkeras memujuk, namun hampa. Dia tetap menolak. Jadi, aku tanya dia kenapa tak mau ikut..
Terkejut, tersentak, tertegun dan macam-macam ter lagi apabila mendengar jawapan dia,
“Aku period. Tak boleh pergi masjid.”
Kantoii.. Tomboy .. Mati-matian aku ingat kami boleh jadi kawan baik. Rupanya, hampehh saja.
Aku tak pernah ada kes macam ini. So, aku rujuk kawan aku yang lebih arif. Mahu cari penyelesaiannya. Ohh, kami juga saling bertukar nombor telefon. Supaya mudah berinteraksi dalam urusan dakwah. Kalau tomboy, aku jamin yang dia tak mungkin jatuh hati dengan orang sekacak dan sealim aku.. cehh,, poyo.. ^p^ macam nak bagi penampar.
Suatu hari, ketika aku keluar hang out dengan kawan aku, Muhaimin. Aku tanya dia tentang masalah yang aku hadapi.
“bro, aku ada kawan, tomboy. Aku tak tahu nak berinteraksi dengan dia. Macam mana aku nak buat dia berubah?”
“Rie, tomboy sebenarnya seorang perempuan yang sangat rapuh hatinya. Sebab itu, dia tukar watak jadi seorang lelaki. Dia buat topeng supaya dia nampak kuat, sedangkan dia sangat lemah, mudah sensitive. Terpaksa menahan sakit tiap-tiap bulan. Hanya Allah yang tahu betapa tabahnya dia hadapi semua itu. Dia perempuan. So, hati-hati. Jangan sampai dia menaruh hati terhadap kau.
Walaupun dia tomboy, tapi secara fitrah dia tetap perempuan. Dia akan kembali kepada fitrah asal. Allah dah ciptakan dia sebagai perempuan. Dia punya hati nurani. Aku rasa tak perlu kau perah otak bagai nak rak supaya dia berubah. Mungkin dia akan berubah suatu hari nanti setelah hatinya menerima petunjuk hidayah daripada Allah.
Kau doakanlah yang terbaik untuk dia. Bagi dia nasihat selagi kau mampu. Mungkin kau adalah wasilah buat dirinya yang dihantar oleh Allah. Dakwah ini sebenarnya banyak cara. Mediumnya sangat luas.”
Muhaimin memberi penerangan sebaik mungkin. Aku mendengar kalam bicaranya dengan penuh perhatian. Kosentrasi. Terasa lapang dada. Segala yang bersarang di benak fikiran kini telah terhapus. Alhamdulillah. $_$ {tepuk tangan sambil bersorak}
* * *
Mesej dari Eric petang tadi disapa bagai angin yang berlalu. Mood sedang buat hal. Kesian Eric, kena jadi tempias. Terkadang pelik juga kenapa nama cantik-cantik ditukar menjadi Eric. Aku dengan selamba bertanya. Hmmmm.. aku
Oww.. baru aku tahu.. Dia fanatic dengan Eric Nam, mamat
Aku tak tau dari mana nak mulakan. Segan nak beritahu Eric. Perasaan malu memang tak boleh dipisahkan. Gelabah semacam saja. Seram sejuk rasanya. Seriau pun ada. Semuanya bergaul menjadi satu. Memang kimchi terbaiklahh. @___@ {menggigil macam dekat gunung everest sejuknya}
p/s : Abaikan lawak bodoh aku yang tak berguna itu. Saja selitkan sikit. Haha
Duniaku dakwahku. x_x macam program reality pencetus ummah lah pulak, well, no hal bro.
Aku selalu
Aku menggagahkan diri membalas pesanan Eric. Satu persatu aku menaip dengan teragak-agak,
“macam biasa, tak ade yang best. assignment bertimbun. Macam bukit. Hehe. J”
Tak mampu nak bagi tahu yang terbuku di hati. Diri masih tak kuat. Oh Tuhan, ampuni aku.
Bit!!
“Tak sangka kau ni memang baik. Nice to meet you.”
Laju Eric membalas. Seperti memang sedang menunggu aku membalas. Aku tidak mengerti di sebalik ayat Eric. Ahh,, lantaklah. Oh, ini mungkin peluang aku agar memberi teguran dengan berhemah.
“Tak perlu jadi orang lain. Hanya jadi Batrisha. Aku lebih suka kalau kau jadi Batrisha, bukannya Eric. Allah sudah tentukan yang terbaik.”
Akhirnya, tersampai jua hasrat hati menyatakan hal yang sedemikian. Lega. Fuhh $_$ { sambil kesat pelut di dahi}
“Aku tunggu orang macam kau untuk bimbing aku. Bantu aku kembali ke jalan yang benar. Boleh??”
Apa? Apa aku nak buat? Tolong jangan cakap yang kau suka aku!! Argghh.. *_* tutup muka dengan bantal.
Aku tak boleh tersangkut dengan cinta manusia. Dunia dakwah masih panjang. Cintaku hanya untuk Allah, Rasul dan yang halal sahaja. Cinta ini sangat eksklusif. Limited edition.
Ehhh.. syok sendiri lah pulak. Si Batrisha does’t confess anymore. Jap,, tapi peliklah. Kenapa suruh aku bimbing dia sedangkan ramai lagi kawan-kawan dia yang boleh bantu dia?
Dan,, soalan buatku, mana yang lebih baik antara ilmu tak seberapa banyak tapi bimbing perempuan yang belum tentu jadi isteri atau cari ilmu banyak-banyak dan bimbing perempuan yang sah bergelar isteri??
Ahh,, tidak mahu kekeliruan menghantui perasaan. Aku berlari ke bilik Muhaimin bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
Sesampainya aku di bilik Muhaimin, nafasku tercungap-cungap. Si Muhaimin membuat muka pelik melihatkan keadaanku seraya berkata,
“Hairie, kau ni dah kenapa? Baru lepas jumpa hantu ke?”
“Aaakuu aadaa masalahh bro,” balasku dengan kondisi yang sangat letih setelah berlari dengan pantas untuk sampai ke bilik Muhaimin.
“Bertenang Rie, nak aku bancuhkan kau kopi?” si Muhaimin ini selalu sahaja memberi layanan yang baik kepada sesiapa saja yang berkunjung ke biliknya. Ini yang membuatkan aku senang bersahabat dengannya.
Aku dengan bersungguh-sungguh menceritakan apa yang sudah terjadi kepada Muhaimin. Siap tunjuk pesanan aku dengan Eric di telefon lagi. Seperti seorang saksi yang melaporkan kejadian sebenar kepada pihak polis.
Muhaimin sedang ligat memikirkan jalan penyelesaian terbaik sambil menongkat dagu. Gayanya macam seorang pendakwa raya. Kelakar pula aku tengok. Tapi terpaksa menahan ketawa. Takkan sempat lagi mahu ketawa ketika masalah besar sedang melanda kot. Matanglah sedikit.
“Ya.. aku ada satu idea,” Muhaimin bersuara sambil memetik jari. Macam ada mentol yang menyala di tepi kepala Muhaimin. Ishh,, tak adalah sampai macam itu sekali. Hiperbola level high. Saja aku buat analogi sedikit. Hehe. Ilham dianugerahkan oleh Allah telah tercetus.
Muhaimin menyambung kalamnya,
“Aku rasa si Eric ini dah sukakan kau. Kau tak ingat ke pesan aku supaya jangan buat dia menaruh hati terhadap kau? Walaupun kat alam maya sekalipun, ikhtilat tetap kena jaga. Kau dah silap besar sebab put smiley on your message.
Hati dia berbunga-bunga sebab kau bagi smiley. Perempuan ini memang tak boleh dijangka. Sukar ditafsirkan.
Rie, kau faham maksud aku
Aku sedang mengelamun jauh. Sampai di
“Muhaimin, habis tu aku kena buat macam mana?”
“Rie, kau sepatutnya tak ber’sms’ dengan dia kalau tak ada hal yang penting. Banyak lagi kerja dakwah yang perlu dibuat. Tak mati pun kalau kau tak balas sms dia.”
“Kalau aku tak balas sms dia terus, kira kejam sangat.”
“mana lagi kejam bila kau dah buat dia sukakan kau, lepas itu, kau tinggalkan dia? Jual mahallah sikit. Kita lelaki sejati. Tak perlu nak terbuai dalam cinta sebelum nikah. Saidatina Khadijah pun melamar nabi kita guna orang tengah.! Kau boleh cakap perkara yang sebetulnya kepada dia. Cakap yang kau tak boleh ber’sms’ kalau tak ada perkara penting. Allah tak suka. Dan, aku rasa kau tak perlu bimbing dia.
Atau kau dah mula suka padanya?” nah, soalan cepumas keluar dari bibir Muhaimin!! Bagai nak berhenti jantung ini dari mengepam darah ke seluruh badan. Muka aku dah rasa panas tetiba saja.
Aku tidak mampu menjawab. Kubiarkan soalan itu disambut angin berlalu. Di hati ini hanya Tuhan yang tahu. Secret.. *_* tak perlu tahu.
“Macam ini lah Rie. Kita sebagai manusia memang sering diuji. Perempuan yang freehair diuji dengan rasa nak dedahkan aurat 24 jam. Lelaki yang cetek ilmu agama diuji dengan kerakusan nafsu durjana. Perempuan yang bertudung labuh, dah banyak belajar tentang agama, tetap diuji juga dengan menjadi k-pop fans. Setiap hari menghadap laptop, tengok drama
Pilihan terletak di tangan kau. Just make your decision correctly.”
Kami bersembang hingga ke larut malam. Membahaskan isu penting. Ya.. aku happy sebab dapat jumpa dengan ‘ustadz kontemporari’ a.k.a Muhaimin Ajmal. Dia dah banyak tolong aku. Terima kasih sahabat.
* * *
Rasanya sudah hampir setahun aku tidak mendengar khabar berita dari Eric. Entah macam mana keadaannya sekarang, aku pun tidak pasti. Tapi, aku tetap berharap agar dia kembali kepada fitrah yang sebenar. Selepas aku bagitahu dia, hmm lebih kurang macam inilah bunyinya,”Batrisya, aku tidak boleh bimbing kau. Aku tak layak. Kita tak perlu berhubung lagi selepas ini. Tidak ada perkara penting yang ingin dikupaskan,” dia terus sahaja menyepi. Aku tidak tahu sama ada dia faham atau tak, apa yang
Whateverlah. Hari ini aku nak balik kampung. So kena balik dengan bas. Cuti semester sudah bermula. Yeay.. tak sabar nak jumpa ibu dan adik-adik. Dari jauh kedengaran seperti seseorang memanggil namaku. Aku mencari-cari arah datangnya suara itu, masih tidak menemui. Ahh lantaklah. Mungkin aku saja yang perasan dan syok sendiri. Aku pun meneruskan aktiviti aku yang tergendala sementara menunggu bas sampai. Aktiviti apa? Hmm, baca
Tiba-tiba ada seorang ninja datang menghampiriku lantas mengucapkan salam.
“Assalamualaikum, Hairie.”
Aku mendongak. Tergagap-gagap aku menjawab salam. Terkejut pun ada. Sejak bila ninja ini tahu nama aku? Setahu aku, tidak pernah aku berkenalan dengan mana-mana ninja.
“Kau dah tak ingat aku ke Rie?” ujar ninja itu.
Sejak bila aku kenal dia? Aku menggelengkan kepala. Aku memang tidak ingat bahkan tidak tahu siapa dia.
“Aku Batrisha. Eric yang kau kenal dulu. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku dan bagi inspirasi untuk aku. Kalau aku tak jumpa dengan kau, mustahil aku berubah sampai macam ini. Kau memang pendakwah ohsem yang terbaik.”
“Ya Allah.. betul ke ni? Erm, kau berubah bukan disebabkan aku, tapi Allah yang dah bukakan pintu hati kau. Aku cuma membantu apa yang patut saja.”
Memang sukar untuk percaya. Seperti mimpi saja. #__# {tampar pipi berkali-kali}
Daripada seorang tomboy, dia berubah menjadi ninja. Ninja?? Apa itu? Aku maksudkan niqabis. Alahh, sama je!!
Purdah yang menutupi wajahnya bakal membuatkan dia sebagai seorang perempuan yang dirindui syurga, in shaa Allah.
“Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah). “[surah furqan ayat 10]
Alhamdulillah..
Perbualan kami terhenti di situ. Bas yang aku tunggu sudah sampai. Say bye-bye. Haaa
Dari dalam bas aku melihat Batrisha dengan sayu. Kenapa tiba-tiba rasa macam sedih nak tinggalkan dia? Kolam mata tetiba rasa panas seakan-akan mahu pecah. Perasaan sebak menyelubungi diri ini. Adakah hati ini sudah terpaut dengannya? Ehh, tak tak boleh, tak boleh!!
Mission is complete. Ya.. dia mungkin akan berjumpa dengan orang yang lebih baik daripadaku. Lebih ohsem. Lebih kaya, lebih bijak dan macam-macam lebihnya.
Pendakwah ohsem?? Layakkah aku menerima title itu??
cerpen : pendakwah ohsem part 2
4 Jan 2015 | 4.1.15 | 0 Sweet Cupcake
Karya : Siti
Noor Syuhada
* * *
Deru angin membuatkan pohon kelapa melambai-lambai.
Aku baru sahaja bangkit dari lena. Jam menunjukkan 1. 00 tengah hari. Pembetulan, baru bangun dari Qailullah.
Aku bergegas ke bilik air, menyiapkan diri
supaya dapat hadir ke Masjid untuk solat Zuhur berjemaah. Hari ini aku
ditugaskan menjadi bilal. So, kena awal
ke masjid. Bukan nak dapat pujian tapi sudah namanya tanggungjawab oii.
Cuma tinggal seminggu sahaja lagi baki cuti
semester aku di rumah. Seperti melalui hari-hari yang sama sepanjang aku
bercuti di rumah.
Aku berjalan kaki menuju ke masjid. Biar dapat
pahala lebih. Lagi pula, masjid hanya terletak di tepi rumahku. Takkan nak naik
kereta kott.. :p
Setibanya
aku di masjid. Aku mengerling ke arah jam dinding. Masih berbaki 10 minit lagi
untuk aku melaungkan azan.. Dengan rajinnya, aku menghamparkan sejadah buat
para jemaah. Dalam hati terfikir,
“Bila tiba akhir zaman, masjid begitu banyak
tersergam indah, tapi tidak banyak jemaah yang datang mengimarahkan masjid. “
“Seungguhnya, yang memakmurkan masjid Allah
hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta
mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada
Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka
menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” [Surah At Taubah ayat ; 18 ]
“Hairie, rajinnya kamu! Jarang sekali Pak Usu
tengok pemuda yang bagus macam kamu ni!!” gertak Pak Usu, AJK masjid di kampung
ini.
Terkejut aku dibuatnya. Aku dengan tersipu-sipu
menjawab,
“Eh, takdelah Pak Usu!! Saja isi masa lapang
yang terluang.”
Penggera azan sudah berbunyi, aku meminta diri
untuk melakukan tugasku.
“Biar Pak Usu je yang jadi bilal. Imam bertugas
hari ini tak dapat datang. So, kamu ambil alih tugas imam ye.. “
Aku mula buat muka seposen. Nampak blurr. Bukan main semangat aku nak
laungkan azan. Kenapa aku pulak yang kena ganti??
Nampaknya, kena jadi bidan terjun laa.. Eh,
silap! Imam terjun. [simpulan bahasa diubah suai untuk kepentingan sendiri ]
* * *
Aku tersenyum sendirian apabila mendapat
pesanan daripada Muhaimin. Dengan laju aku menaip,
“Aku pun sama. Beb, jom pergi pusing-pusing
Agrotourism Resort. Boleh cuci mata.”
Titt
“Wei, nanti peninglah..”
Hahahaha
Aku tergelak sendirian. Ada-ada saja lawak
Muhaimin yang tidak berasas.
“Rie, apa yang lucu sangat sampai kamu gelak
tak ingat dunia?” Soal ibuku yang mungkin pelik dengan sikapku.
“
“Kenapa ibu tiba-tiba jadi serius ni??” tanyaku
kerana hairan. Tidak pernah ibu berkelakuan seperti ini.
“Nanti, kamu itu akan jadi suami orang. Cubalah
berperangai matang sikit.”
“Umur Rie baru 21 kot, muda lagi. Bukan Rie nak
kahwin esok pun…”
“Rie, Pak Usu dah berkenan nak jodohkan kamu
dengan anak dia, Hana. Dia kata kamu ni anak muda yang mulia akhlaknya, sopan
santun, berbudi bahasa dan banyak lagi dia puji kamu. Dia nak tunangkan kamu
dengan Hana sebelum Hana berangkat ke timur tengah. Katanya, biar ada ikatan
dulu. Lepas kamu habis belajar, terus kahwin.”
“Apaaaaaaaaaaaa???????”
No way, kenapa aku?
Sejak peristiwa tersebut, aku dilanda
kemurungan. Bukan aku tak suka apa yang diaturkan oleh pihak keluarga tapi
mengapa terlalu cepat?. Aku belum bersedia lagi. Makan minum aku pun parents
aku yang tanggung, inikan pula aku nak tanggung anak bini makan. Depa nak makan
apa?
Pasir?
Batu?
Kertas?
Ilmu aku mana cukup nak bimbing dia. Dia lagi
terror daripada aku sebab dia belajar luar negara. Aku nak jadi ketua keluarga
macam mana?
* * *
Hujan masih renyai-renyai. Fikiran aku
bercelaru. Aku masih memikirkan masalah yang dihadapi. Aku berlari ke bilik
Muhaimin.
“Muhaimin, kau kena tolong aku!!! Aku ada
masalah besar….” aku meluahkan isi hati yang tersirat.
“Tolong apa, Rie??”
“Aku akan bertunang tak lama lagi. Tapiiiii….”
Belum sempat aku meneruskan kalam bicara, Muhaimin sudah mencelah,
“Tahniah bro, selamat mengakhiri zaman single
kau!! Aku doakan agar kau bahagia hingga syurga.”
“Kau ni, aku tak habis cakap lagi,,” ujarku
sambil mencebik.
“Go ahead, cakaplah..”
“Tapiii, aku tak tahu pilihan ini tepat atau
tidak. “ aku menyambung kata.
“Kenapa kau kau tak tahu? Kau nak tunang dengan
siapa? Bila?” Seribu persoalan yang dilontar oleh Muhaimin.
“Aku nak tunang dengan budak sekampung aku.
Mungkin, hujung bulan ni kott.. Aku pun tak tahu. Family kitorang yang
aturkan.”
“Kalau kau nak buat sesuatu pilihan, kau kena
buat istikharah supaya dapat petunjuk.” Ujar Muhaimin.
“Dah buat, tapi tak mimpi pun.” Dengan lemah aku
bersuara.
“Kekadang, petunjuk Allah bukan datang melalui
mimpi je. Banyak cara. Erm, kau rasa kau berat yang mana?”
“Eric…..”
“Biar betul hang ni???”
“Betullah, takkan nak tipu kot. Kalau kau nak
tahu, Eric dah berubah 100 % jadi Batrisya. Siap jadi ninja lagi. ”
“Kau yakin ke boleh cari dia balik?? Bukan ke
kau dah lama tak contact dia??”
“Usaha tangga kejayaan. Hwaiting!!!!” kataku sambil menggangkat tangan seperti bapa
kemerdekaan ketika melaungkan kemerdekaan.
* * *
Malam mulai kelam. Semua manusia sedang lena
diulit mimpi. Aku masih belum melelapkan mata. Aku pun tidak mengetahui
puncanya. Oleh sebab aku tidak dapat memejamkan mata, lalu aku bingkas bangun.
Dengan cahaya samar lampu tidur, aku menapak perlahan lahan ke meja belajar.
Bimbang sekiranya roommate aku terjaga.
Aku membuka laci lalu mengambil diari yang
kemas tersimpan. Aku membelek diari dengan tangkas. Tujuannya hanya satu iaitu
mencari no. telefon Batrisya. Itulah, siapa suruh padam no. dia dalam henfon.
Yeay,, jumpa!! Alhamdulillah.
Dengan pantas aku menulis pesanan,
“Assalamualaikum. Masih ingat aku?”
Titt
“Waalaikumussalam, ada apa Rie??” Batrisya
membalas.
Wow, dia masih ingat aku!! Mesti dia simpan
nombor aku. Haha
“Kau dah berpunya ke?” Tanyaku tanpa segan
silu.
“Siapalah sanggup terima aku ni?!. aku ada
kisah silam yang teruk.”
Peluang besar ni.. hehe
“Erm, kasi aku alamat rumah kau.”
“Nak buat apa?”
“Nak pergi merisik kau hujung minggu ni.”
* * *
cerpen : saranghae itu apa??
| 4.1.15 | 0 Sweet Cupcake
Saranghae itu apa??
Karya : Siti Noor Syuhada
* * *
“ni saenggage nae jeongma michigesseo?!!”
Hannan menggetus sendirian. Marahnya semakin membuak-buak. Ingin sahaja dia
menumbuk perempuan yang menumpahkan sos cili di pashminanya. Dia menyental
kotoran yang terlekat pada pashminanya di sinki KFC. Mukanya masam mencuka.
Tidak pasal-pasal mood yang secerah matahari tadi bertukar menjadi awan yang
kelam.
Dia menggosok dadanya untuk menenangkan dirinya
yang terpelosok dalam amarah. Dia tahu marah itu berpunca daripada syaitan.
Cepat-cepat alunan istighfar laju menerjah di bibirnya. Tidak mahu mengikut
jejak langkah syaitan.
“Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa
sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan
memimpinnya kepada azab neraka.” [ surah Al Hajj ayat 4 ]
Untung sahaja dia sudah selesai menikmati
hidangan di KFC. Pertempuran yang tidak diingini berlaku sebaik sahaja dia
menuruni tangga untuk keluar dari tempat tersebut. Tiba-tiba, seorang wanita
freehair dalam lingkungan 20-an yang membawa sedulang sajian untuk dinikmati
terlanggar Hannan.
Hannan malas memikirkan kejadian yang telah
berlaku. Menambahkan kesakitan hati yang tidak bisa tertanggung. Hanya sabaris
perkataan yang terpacul daripada mulut perempuan itu.
Maaf…
Sekurang-kurangnya dia sudah meminta maaf.
Memang susah hendak maafkan orang. Tapi, Hannan
Kesilapan memang menyakitkan tapi sebagaimana
masa berlalu, ia memberikan kita pelajaran yang sangat bermakna dan untuk
menempuhi hidup, kesilapan sememangnya selalu berlaku.
Hannan dan kawan baiknya, Alissa berjalan
menuju ke kedai buku Banggol yang terletak beberapa meter dari KFC. Mahu
menenangkan diri di samping buku-buku yang menambahkan ilmu pengetahuan. Dia
merupakan graduan jurusan engineering. Tidak lama lagi dia akan bekerja di
syarikat Petronas yang berpusat di Kerteh, Terengganu.
Hannan membelek-belek novel yang terpapar di
kedai buku tersebut. Semuanya menarik. Tidak tahu untuk membeli yang mana satu.
Rambang mata. Novelis
Sedang ralit meninjau novel-novel, tiba-tiba
matanya terpandang seorang lelaki. Alangkah terkejutnya Hannan apabila
mendapati lelaki tersebut ialah Aliff Fauzi, cucu Tok Wan Hamid yang mengajar
Hannan membaca Al-Quran ketika di bangku sekolah rendah.
Aliff Fauzi bekerja sebagai jurujual di kedai
tersebut sementara menunggu tawaran bekerja sebagai pegawai bank. Lelaki itu
yang telah membuatkan Hannan serik untuk jatuh cinta. Luahan hati Hannan
ditolak mentah-mentah. Namun, itu kisah lama. Ketika itu, Hannan tidak tahu
apa-apa tentang cinta. Masih budak mentah.
“Hannan, kau buat apa kat sini?” sapa Aliff.
“Oh, Annyeong! Aku bukannya nak jumpa kau?”
ujar Hannan ringkas.
Aliff Fauzi masih tenang, walaupun kelihatan
segaris kecewa di wajahnya. Kecewa dengan sikap Hannan yang tidak endah itu.
Namun, dia tetap kuatkan diri mengeluarkan bait-bait yang tersirat di hati.
“Kenapa kau begitu membenci diri aku? Kau
taknak aku jadi imam kau ke?”
“Kau tunggulah aku jadi jenazah, baru kau boleh
jadi imam aku.” Hannan berseloroh.
Aliff tertegun. Tidak disangka Hannan masih
membenci dirinya. Mungkin luka di hati Hannan masih belum sembuh. Dulu, ketika
Hannan meluahkan perasaan kepadanya, dia berkeras menolak sedaya mampu. Tidak mahu
terbuai dalam cinta monyet. Sebenarnya, dia juga menaruh perasaan terhadap
Hannan. Cuma, prioriti Aliff ketika itu adalah pelajaran. Perlu meletakkan ke
tepi segala imbuhan yang tidak penting.
Remaja sekarang suka bercinta. Hati perempuan
sungguh rapuh dan amat terkesan dengan janji manis si lelaki. Si lelaki pula
sesuka hati membawa anak dara orang ke hulu mahupun ke hilir tanpa menghiraukan
syariat agama. Inilah paradigma yang perlu diperbetulkan. Mahu tunggu musibah
Allah datang menimpa seperti tsunami yang terjadi di Acheh pada tahun 2004?
“Rasulullah SAW bersabda: Tidak dibolehkan lelaki
berdua-duaan dengan perempuan melainkan ada bersama-sama mahramnya (bapa atau
keluarganya yang diharamkan berkahwin dengannya)” Hadis riwayat al Bukhari.
*
* *
Suara
lunak seperti Woohyun kumpulan INFINITE, raja twitter seperti Nikhun kumpulan
2PM. Muka innocent macam Hongki kumpulan FT ISLAND. Cute seperti Yoseob
kumpulan BEAST.
Apa
lagi ye..?
Hannan
berkira-kira dalam mindanya. Dia menulis ciri-ciri lelaki idamannya.
Tiba-tiba
pintu biliknya dikuak. Mamanya menghampiri Hannan lantas menghenyakkan
punggungnya di atas kerusi empuk di meja belajar berdekatan katil. Hannan yang
sedang meniarap cepat-cepat menutup bukunya lantas membetulkan kedudukannya.
Mungkin ada hal penting yang perlu dibincangkan sampai ibunya memasuki
biliknya.
“Hannan,
mama nak tanya sikit boleh tak?” mama memulakan bicara.
“Boleh
mama, ada apa sebenarnya?” Hannan berasa sangsi. Timbul tanda tanya dalam
hatinya. Hatinya mengalunkan melodi yang kurang enak.
“Sebenarnya,
ibu Aliff tanya mama. Kamu suka Aliff?? Sebab diorang nak ikatkan kamu dengan pertunangan.
Mama sudah beritahu papa. Dia setuju. Lagi pula, Aliff itu budak bagus. Selalu
jadi imam masjid. Memang susah nak cari pemuda yang terbaik seperti Aliff. Satu
dalam seribu.” Mama berbicara panjang lebar. Sekaligus mem’promote’. Mahu juga
mama bermenantukan Aliff.
“Dulu
suka, sekarang tak.” Ringkas dan padat jawapan yang diberikan oleh Hannan.
Terkejut
mama mendengarnya. Bagai mahu tercabut jantung mama. Lantas, lembut mama
memujuk.
“Kamu
tak perlu bagi jawapan sekarang. Ambillah masa seminggu dua, buat solat sunat
istikharah. Mama tak mahu membebankan kamu. Kamu pun baru tamat universiti.
Begitu juga dengan Aliff. Tak perlu terburu-buru. Kalau ada jodoh, tak ke mana.
Fikirkan yang terbaik ye. “ mama meninggalkan Hannan.
“Dan manusia
berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa
dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.”
[ surah Al-Israa’ ayat 11 ]
Terpinga-pinga
Hannan mencari maksud di sebalik semua ini.
Aigoo..
Kenapa
baru sekarang Aliff muncul dalam hidupnya? Kembali menagih cinta yang sudah
lama terkubur. Pintu hatinya tertutup rapat. Masih belum menjumpai kunci yang
sepadan untuk membuka pintu yang terkatup rapat. Bukan sekadar tertutup, malah
telahpun berkarat. Perlukan orang yang sanggup menyental semua karat itu.
Gwenchana.
Hannan akan mencuba. Dia juga masih menyimpan sekelumit perasaan cinta yang
belum padam. Egonya yang terlalu tinggi
membuatkan Hannan susah untuk menerima Aliff semula. Namun, dia tidak menyangka
Aliff berusaha sedaya upaya merebut hatinya untuk dijadikan pasangan hidup.
Oppa,
saranghae..
Hannan
melukiskan sekuntum senyuman.
*
* *
Dari
perkarangan rumah Hannan, jelas kedengaran bisikan syahdu suara Aliff Fauzi
membacakan ayat suci Al Quran semasa solat subuh berjemaah di Masjid Widuri.
Begitu lunak sekali. Mengalahkan suara Woohyun yang sedang menyanyi di atas
stage ketika comeback. Aliff merupakan lepasan MTAQ, Pulau Chondong, Kelantan. Tidak
anehlah jika dia sering diundang untuk menjadi imam. Kadang, dia membaca
khutbah ketika hari raya.
Aliff
Fauzi sememangnya menjadi igauan setiap sang dara di kampung itu. Hannan
beruntung kerana Aliff memilih dirinya untuk dijadikan isteri. Mungkin sedikit
susah untuk menerima kerana Hannan pernah ditolak hasratnya yang seputih
kanvas.
Saranghae
tidak perlu dituturkan beribu kali. Maksudnya begitu mendalam. Jauh terperosok
di dalam kalbu. Menyingkap kata-kata yang menyeksakan. Mencengkam jiwa dan
sanubari. Sesak nafas. Tidak bisa berbicara.
Hannan
tidak memerlukan lelaki seperti penyanyi
“Tinggi
imannya, hensem akhlaknya, tegap akidahnya, superb ibadatnya, cool kesabarannya,
putih hatinya, pemalu kepada dosanya, gagah melawan nafsunya.”
Hajima
haji haji hajima
Kkochyanggiga
nayo eodiseo nanayo yeogin kkochi eomneunde, geudaebakke eomneude. Gibuni
johayo maeumi pyeonhaejyeoyo. Gyesok hareul geureoke ppanhi chyeodabwajwoyo,
ireon nacheorem. Amureon maldo hagi sirhdeon nawa. Nareul tteonado amureohchi
anheul geot gatdeon. Geu pyojeong byeonhaebeorin maltuui neo.
Aresseo??
Daebakk..
Saranghaeyo
??
Aku
cinta kamu..
Sarang,
sarang, sarang..
Tidak
boleh diucap sesuka hati.
Walaubagaimanapun,
cinta Allah dan Rasul perlu diutamakan.
Saranghae
Allah and Rasulullah.
|